Monday, August 9, 2010

Telur Bungkus

Resepi telur bungkus ni adalah resepi ikut suka. So takde sukatan yg khusus, main campak2 aje ;)


Bahan-bahan:

  • Sedikit isi ayam (potong dadu)
  • Bawang besar( potong dadu)
  • Bawang putih (cincang)
  • Jagung 
  • Carrot (potong dadu)
  • Kacang panjang (hiris bulat2)
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula (agak byk)
  • Telur
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili boh, bawang putih dan bawang besar.
  2. Masak sehingga agak kekuningan
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau seketika.
  4. Masukkan isi ayam, kacau sekejap, kemudian masukkan sedikit air
  5. Masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Kacau dan biarkan pekat. Ketepikan.
  6. Untuk telur: 
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seelok-eloknya guna kuali leper. 
    2. Pecahkan sebiji or dua biji telur dalam bekas, bergantung kepada besar kuali. Bubuh sedikt garam kemudian kepuk sedikit. 
    3. Masukkan telur dalam kuali yg panas tadi. Perlahankan api. Goyang2kan supaya ia tersebar sama rata. Jgn terlalu tebal sbb nanti dia pecah masa nak bungkus.
    4. Bila dah nampak masak kat atasnya, letakkan sayuran campur  yg dah masak tadi di tgh2nya. Kemudian bungkus berlahan2. 
    5. Ambil piring, telekupkan atas telur yg dah dibungkus tadi, kemudian terbalikkan kuali. Sedia untuk dihidangkan ;) 

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete