Monday, August 2, 2010

The Juicy Chocolate Stuffed Banana Pancake

Nama Pancake ni Walid yg bg.. Mula2 tu tengok dalam rancangan memasak sorang chef omputeh ( tak ingat nama)  buat pancake ..nampak best je... So try la buat.. Inilah hasilnya...





Resepi Pancake:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 11/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai semua sebati (sy blend sbb adunan dia smooth sket berbanding kacau dgn tangan)
  2. Panaskan kuali. Elok kalau guna kuali leper (api slow)
  3. Potong pisang bulat-bulat (ikut suka ketebalannya)
  4. Latakkan sedikit mentega dalam kuali
  5. Susun pisang yg dipotong keliling kuali
  6. Tunggu sekejap, kemudian masukkan sedikit adunan pancake tadi. Jangan terlalu tebal dan jangan biarkan pisang tenggelam. 
  7. Biarkan seketika sehingga pancake kekuningan bawah dia.
  8. Kemudian letakkan  nutella or coklat parut di atas pancake.
  9. Lipat pancake tu ikut suka sama ada nak lipat 2 or lipat 4
  10. Angkat, kemudian letak dalam pinggan. Letak aiskrim atas dia or kalu nak tambah strawberi pun ok jugak. (seperti dalam gambar di atas)
Inilah resepi ringkas yg saya cuba. Sape2 nak mencuba silakan... Selamat Mencuba!!

* Aiskrim tu kalau bleh jgn perisa coklat sbb kita dah guna nutella so kalu aiskrim perisa coklat nanti bertambah muak.

2 comments:

  1. alamak... sedap la... nak try jugak la bebila. nant g beli ais cream dulu.

    ReplyDelete