Thursday, August 5, 2010

Parmesan Chicken Bake

Parmesan Chicken Bake ni adalah ala-ala chicken chop gtu. Tp lain sket dengan chicken chop yg Ummi biasa makan kat kedai. Resepi ni diambil dari buku masakan (The Everyday Chicken CookBook)

Gambar hiasan

Bahan-bahan:

  • 2 ketul isi ayam sama ada bahagian dada atau bahagian peha. Ummi suka bahagian peha sbb dia berlemak sket
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar olive oil
  • 2 sudu besar parmesan cheese parut
  • 1 sudu besar breadcrumbs (bleh wat sdiri dengan bland  roti)
  • Garam
  • Blackpepper
  • Bahan-bahan untuk sos:
    • 1 sudu kecil olive oil
    • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
    • 1/2 batang saleri (potong dadu)
    • 1/2 biji pepper (potong dadu)
    • 5-6 biji cendawan butang (hiris tebal sket)
    • 1 biji bawang putih ( cincang)
    • 200g / 7oz chopped tomatoes
    • 2/3 cup chicken stok (Ummi guna 1 kiub ayam)
    • 1 sudu kecil tomato puree
    • 1 sudu kecil gula
    • 1 sudu kecil fresh basil (cincang)
    • 1 sudu kecil fresh pasley (cincang) - Ummi guna mixed herbs yg kering

Cara-cara buat tomato sos:
  1. Panaskan olive oil dalam periuk, masukkan bawang besar dan bawang putih. masak sampai kekuningan
  2. Kemudian masukkan chopped tomatoes, stok ayam, tomato puree, saleri, pepper, cendawan, gula dan herba
  3. Rasakan, kalu nak masin sket tambah garam.
  4. Didihkan lebih kurang sejam dengan api perlahan sehingga pekat. Ketepikan

Cara-cara sediakan ayam:
  1. Basuhkan ayam tu hingga bersih, ketuk-ketuk ayam sampai agak nipis
  2. Salutkan ayam dengan tepung gandum
  3. Sementara tu, panaskan oven suhu 180 calcius atau gas mark 4
  4. Panaskan minyak dalam kuali, masak ayam sampai kekuningan.
  5. Letak ayam yg dah masak dalam loyang, letak sos tomato tadi atas ayam, tabur cheese parut atas sos dan tabur breadcrums. Sukatan ikut suka nak banyak mana
  6. Kemudian bakar dalam oven selama 20-30 minit sehingga cheese tadi kekuningan
  7. Sedia untuk dihidangkan
* boleh letak lebihan sos tomato utk cicah dan bleh makan bersama-sama dengan coselow or salad.

P/s: Kalau tak suka cara ni bleh buat chicken shop seperti biasa. Cara masakan ayam sama cuma tak perlu letak tomato sos dan cheese. Bleh buat sos blackpepper sebagai pencicah. 

No comments:

Post a Comment