Atas permintaan Walid, Ummi try wat Lobster Thermidor ning. Tak pernah sepanjang hayat makan lobster... disbbkan losbter ada offer kat ASDA, bleh la nak rasa makan lobster, kalu tak...jangan harap bleh mkn ;)
Resepi ni Ummi ambik dari fotopages Shima. TQ shima utk resepi ala-ala France ning ;)
Resepi ni Ummi ambik dari fotopages Shima. TQ shima utk resepi ala-ala France ning ;)
Bahan-bahan:
- 1 ekor lobster (Rebus) or beli yg dah rebus senang
- 2 sudu besar butter/ majerin
- 2 ulas bawang merah (hiris atau mayang)
- 1 1/2 cawan cendawan butang (hiris)
- 1 biji Pepper (potong dadu)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 7 sudu besar stok ikan - Ummi guna 1 cube stok ayam jek
- 1/2 cawan double cream
- 1 sudu besar mustard - tak bubuh sbb takut bertambah-tambah muak
- 2 biji kuning telur
- 3 sudu besar cheese parut
- cili api (cincang halus2) - tambahan nak bagi pedas sket utk hilangkan muak
- garam, blackpepper & paprika (paprika tak bubuh sbb takde, so ganti dgn cili api jek)
Cara-cara:
- Siang lobster, cabut claw kemudian potong badan losbter 2 bahagian.
- Korek isi & buang otak udang. Isi dipotong kiub besar2 & simpan cengkerang.
- Panaskan butter dan tumis bawang merah
- Masukkan cendawan & pepper, masak sampai lembut
- Kemudian bubuh tepung gandum dan cili api. Kacau dalam 2 minit
- Masukkan kiub ayam, tambah air sikit. Kacau sampai pekat. (kalu guna stok rebusan ikan takyah tambah air)
- Bubuh double cream, masak sampai sos pekat. Ejas rasa dengan garam & blackpepper.
- Masukkan separuh daripada sos tadi ke dalam kuning telur yang dipukul. Gaul sebati dan masukkan semula ke dalam periuk.
- Masukkan isi lobster dalam sos dan tutup api
- Isikan sos tadi dalam cengkerang lobster, ratakan dan tekan2kan. Taburkan cheese parut atas dan bakar dalam oven suhu 180 sehingga cheese kekuningan.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan coselaw dan mashed potato. Lebihan sos tadi bleh tabur atas lobster yg dah masak tu lagi best!
Memang resepi ni agak cerewet sket. Tapi kalau nak makan Losbter ala-ala Frech bleh la mencuba.. ;-) Sukatan bahan2 tu Ummi takde la ikut sangat, bubuh agak2 dan secukup rasa jek..
No comments:
Post a Comment