Tuesday, August 3, 2010

Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar ni di ambil dari seorang kawan. Terima kasih buat Lin (Kelantan) kerana sudi berkongsi resepi yg mmg best ini ;) Makaroni bakar ni Ummi suka sbb rasa dia macam murtabak!

Bahan-bahan:
  • Daging cincang
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang carrot (parut)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk)
  • 15 biji bawang merah (dimayang utk dibuat bawang goreng)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • 10 biji telur (dikepuk)
  • 3 sudu besar rempah kurma (campur ngan sedikit air)
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 paket macaroni (direbus)
    Cara-cara:
    1. Tumis bawang putih & merah yg dutumbuk
    2. Masukkan rempah kurma dan biarkan garing
    3. Masukkan daging cincang dan ½ cawan air
    4. Masukkan garam & gula secukup rasa
    5. Biarkan kering. Kemudian tutup api.
    6. Masukkan macaroni, bawang besar, bawang goreng, carrot, daun sup & daun bawang. Gaulkan rata
    7. Masukkan dalam bekas
    8. Tekan sedikit
    9. Masukkan telur dan biar ia meresap ( telur biar sama aras dgn macaroni)
    10. Bakar lbh kurang 30 – 45 minit dalam suhu 180

    No comments:

    Post a Comment